nuffnang

SELAMAT DATANG KE KEDAI REMPAH KAMI....

Terima kasih kerana melayari blog kami. Kepada pembeli yang ingin membeli rempah - rempah, packing yang disediakan ialah 50gm & 1kg. Sila rujuk kepada contoh gambar-gambar packing di bawah dan PRODUCT LISTING untuk harga - harga rempah kami. Sila tinggalkan komen atau cadangan dalam membantu meningkatkan kualiti produk kami.


REMPAH

www.flickr.com
azfaniza's rempah photoset azfaniza's rempah photoset

Tuesday, January 25, 2011

SEJARAH REMPAH TRADISI TERENGGANU

Tahukah anda Terengganu suatu ketika dahulu mashyur dengan perdagangan rempahnya? Negeri Terengganu sememangnya terkenal  suatu ketika dahulu di rantauan kepulauan Melayu.   Mengikut catatan sejarah, di zaman perdagangan kerajaan Langkasuka,Terengganu dikatakan sebagai pembekal sumber bahan mentah seperti emas dan bijih timah yang diiktiraf mendapat pasaran meluas di  rantau ini. Menjadi ironinya, tentang lokasi Terengganu menjadi sebuah bandar pelabuhan perdagangan di Timur yang begitu pesat  dengan adanya Laut China Selatan.



Ptolemy pula, seorang pakar geografi Greek purba dalam sebuah buku geografi yang ditulisnya pada tahun 150 masehi melakarkan peta yang mana terdapatnya dua pelabuhan di Pantai Timur iaitu Kole dan Perimula yang menjalankan urusan perniagaan sekitar India dan Timur. Sememangnya jelas menunjukkan kepentingan Kuala Terengganu sebagai pelabuhan bertaraf antarabangsa suatu ketika dahulu.  Melalui perdagangan ini jugalah,para pedagang mula membawa masuk  rempah ratus  yang telah menjalinkan antara dunia Islam di Timur Tengah dengan tamadun dan budaya Timur.

Rempah ratus ini telah menjadi satu elemen yang penting  kerana banyak yang telah ditulis  mengenai pertelingkahan dan penjajahan di zaman silam yang berpunca daripada hasrat untuk mendapatkan rempah ratus dan menguasai mereka yang menghasilkannya. Rempah ratus juga telah dianggap sebagai ‘emas’ kerana telah menjadi   sebahagian adunan makanan banyak budaya-budaya didunia.


Generasi muda sekarang sudah semakin lupa tentang penggunaan rempah ratus di dalam kehidupan seharian.  Kita perlu memartabatkan semula  penggunaan rempah di dalam masyarakat kita  terutamanya  rempah warisan Terengganu kerana ia juga merupakan komponen budaya dan sejarah negeri itu sendiri. 

Kita juga generasi baru sendiri kini kurang arif mengenai rempah.Disini saya akan terangkan kegunaan rempah dan khasiat penggunaannya di dalam masakan.  Rempah-rempah adalah terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain yang beraroma kuat. Ia digunakan dalam jumlah kecil sebagai perisa di  dalam masakan. Rempah-rempah kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria. Dengan kelebihan inilah rempah boleh disimpan lama dengan syarat ia tidak dicampur dengan bahan lain. Kebanyakan rempah juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran. Selaras dengan teknologi moden kini, kita juga boleh dapatkan rempah yang dikisar dalam bentuk serbuk untuk digunakan di dalam masakan kita.